Saturday 9 February 2013

TEKNOLOGI CLOUD COMPUTING & DROPBOX

Assalamualaikum w.b.t.






Mungkin ada di kalangan anda pernah mendengar tentang Cloud Computing  ini bukan? Cloud Computing merupakan satu anjakan paradigma yang muncul selari dengan perubahan pelayan client pada awal 1980. Idea Cloud Computing pertama kali dicetuskan oleh John McCarthty , seorang pakar dalam dunia pengkomputeran yang memiliki visi tentang sistem komputasi yang akan menjadi infranstruktur awam pada masa akan datang. Masanya telah tiba dan kini Cloud Computing sudah semakin popular di kalangan pengguna , syarikat mahupun organisasi seluruh dunia . 




Apa itu Cloud Computing?





Menurut sumber sesawang iaitu Wikipedia, Cloud Computing atau dalam Bahasa Melayu disebut Perkomputeran Awan adalah gabungan daripada perkataan teknologi komputer (Komputasi) manakala perkataan awan (Cloud) pula lebih menerangkan tentang servis internet .Cloud Computing merupakan satu teknologi yang ringkas. Ianya dibina melalui beberapa rangkaian komputer ataupun rangkaian storan antara satu sama lain. Antara prinsip Cloud Computing ialah :

  • internet dianggap seperti awan besar yang berisi komputer-komputer yang saling berhubung.
  • Cloud Computing adalah gabungan dari pemanfaatan teknologi komputasi dan pengembangan berasaskan internet. Cloud Computing merupakan sebuah kaedah komputasi dimana kemampuan TI di sediakan sebagai layanan berasaskan internet.  

Cloud Computing juga boleh digunakan sama ada di atas talian (Online) ataupun diluar talian (Offline). Pengguna Cloud Computing tidak perlu menggunakan software atau hardware yang banyak untuk menggunakannya. Untuk menjayakan Cloud Computing ini, setiap rangkaian yang dibina memerlukan komputer atau storan yang kukuh dan luas untuk menampung jumlah para pengguna yang luas dan ramai.

Perkomputeran di luar talian (Offline)

Di dalam konsep perkomputeran awan di luar talian, contohnya didalam sesebuah syarikat yang mempunyai lebih 100 orang pekerja. Kemungkinan 70 peratus daripada pekerja menggunakan komputer. Manakala syarikat  tersebut perlu mengawal semua data-data syarikat supaya ianya terjaga dan memudahkan pekerja lain. jadi mereka memerlukan sebuah storan yang luas untuk menampung data-data tersebut. Dalam menggunakan konsep Cloud Computing diluar talian, syarikat tersebut memerlukan rangkaian Local Area Network atau Internet  yang membolehkan hanya pekerja syarikat sahaja yang boleh mengakses data syarikat.

Perkomputeran di atas talian (Online)

Konsep ini sangat mudah dan hampir semua pengguna internet seluruh dunia menggunakannya. Konsep ini memerlukan pengguna hostkan data pengguna kedalam tempat yang menyediakan perkhidmatan storan di dalam talian. Contoh yang paling mudah untuk memahami konsep ini ialah laman sosial facebook. Pengguna sering memuat naik  (upload) gambar atau file-file kedalam akaun facebook. Setelah  memuatnaik selesai, gambar atau file telah selamat disimpan di dalam laman facebook. Tempat lain untuk menyimpan data adalah seperti penyedia storan percuma atau berbayar. Kebiasaannya ramai yng menggunakan penyedia storan dengan menggunakan akaun yang percuma. Namun akaun percuma mempunyai batas-batas tertentu dan selalunya menyediakan ruang storan yang sedikit dan jika pengguna mahu mendapatkan lebih storan , pengguna perlu membayar dengan kadar harga yang ditetapkan.. Antara penyedia storan diatas talian adalah Dropbox, Mediafire, Box dan banyak lagi.


3 Jenis layanan Cloud Computing

Infrastructure as a Service (IAAS)

Dalam layanan ini, penyedia hanya menyediakan sumber daya komputasi seperti prosesor, memori dan storan yang sudah tervirtualisasi. Namun penyedia layanan tidak memasang sistem operasi mahupun aplikasi diatasnya. Pemilihan sistem operasi, aplikasi dan konfigurasi lainnya sepenuhnya berada pada kendalian user (pengguna). Contonya seperti Amazon elastic Copute Cloud dan Simple Storage Service.


Platform as a service (PAAS)

Memfokuskan pada aplikasi dimana dalam hal ini memungkinkan developer untuk tidak memikirkan hardware dan tetap fokus pada application development-nya.Penyedia menyediakan layanan berupa flatform ,mula mengatur server- server mereka secara virtualisasi sehingga sudah menjadi cluster sampai menyediakan sistem operasi di atasnya. Pengguna hanya perlu memasang aplikasi yang dibuat di server tersebut. Contohnya yang telah mengimplementasikan ini adalah Force.com dan Microsoft Azure invesrment.

Software as a service (SAAS)

Menfokuskan pada aplikasi dengan wed-based interface yang diakses melalui Web Service dan Web 2.0. Contohnya adalah Google Apps, SalesForce.com dan aplikasi jarinagn sosial seperti Facebook.



Apa itu Dropbox?   




Dropbox merupakan salah satu aplikasi yang menggunakan konsep Cloud Computing. Dropbox adalah media penyimpan (storage) secara online yang menawarkan ruang penyimpanan sebesar 2GB secara percuma. Dropbox ini merupakan server penyimpanan yang disediakan oleh Evenflo, Inc. Aplikasi dropbox akan mencipta folder baru di dalam komputer secara automatik selepas pengguna menginstall Dropbox. Apabila pengguna memasukkan data ke dalam folder dropbox di dalam komputer ianya secara automatik di muatnaik ke dalam folder kita yang terdapat di dropbox. Ini bermakna pengguna dapat mengakses folder walau dimana berada. Selain itu, pengguna juga dapat berkongsi maklumat atau data dengan sesiapa sahaja dengan melayari internet tanpa menggunakan sebarang alat devise seperti pendrive atau DVD tetapi dengan syarat folder pengguna. 

Antara kelebihan dropbox adalah ia dapat menyokong pelbagai jenis peranti daripada Microsoft windows, Apple Mac OSX, Apple iOS, Google Android, Linux dan sebagainya. Selain itu, Dropbox juga sangat mesra pengguna di samping mempunyai kelebihan tersendiri seperti boleh menjemput rakan unutk berkolaborasi dalam berkongsi files, fungsi direct link (hotlinking kepada gambar, mp3) dan sebagainya.





Cloud Computing- Kebaikan & Keburukan penggunaannya.

Antara Kebaikan Cloud Computing  adalah seperti:

  • Dengan adanya perhubungan internet yang pantas, kita dapat mengakses data yang telah kita simpan didalam aplikasi Cloud Computing ini walau dimana kita berada dan pada bila-bila masa sahaja tanpa kita perlu menggunakan komputer yang sama.
  • Penggunaan Cloud Computing dapat menjimatkan penggunaan ruang di dalam komputer, pendrive, DVD atau  penyimpan yang lain kerana data dapat di simpan di dalam maya.
  • Cloud Computing ini juga boleh berfungsi sebagai medium sandaran (back up) data jika komputer kita diserang virus atau rosak.
  • Disamping itu juga, Cloud Computing ini juga dapat membuka peluang kepada golongan peniaga untuk menceburi perniagaan di alam maya dan meluaskan bidang perniagaan  tanpa perlu mengeluarkan modal yang tinggi dan perniagaan dapat dikomersilkan keseluruh negara.

Selain daripada memperoleh kebaikan daripada penggunaan Cloud Computing ini, terdapat juga beberapa kekurangan atau keburukan tentang Cloud Computing ini. Antaranya ialah:
  • Data dapat diakses oleh semua pihak tanpa pengetahuan pemilik data dan data bukan lagi bersifat rahsia. Oleh itu pengguna harus diingatkan untuk tidak memuat naik data yang sulit atau penting yang dirasakan boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungajawab untuk tujuan penganiayaan kepada pemilik data atau orang lain.
  • Untuk mengakses data di alam maya memerlukan perhubungan jaringan internet dan jika tiada jaringan internet data tidak dapat diakses.


Sebagai kesimpulannya, Cloud Computing atau Perkomputeran awan bukanlah suatu konsep yang baru malah teknologi ini telah berkembang pesat dan sudah dikenali ramai sejak akhir-akhir ini. Tanpa kita sedari sebenarnya kita turut menggunakan konsep Cloud Computing ini. Contoh konsep Cloud Computing yang selalu kita gunakan  adalah seperti layanan email awam (Gmail, Yahoo Mail, Hotmail, dsg.), jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Yahoo Messeger, Skype, Gtalk dan pelbagai lagi. Cloud Computing yang disediakan ini secara tidak langsung dapat memudahkan pengguna secara individu mahupun organisasi. Pengguna haruslah bijak memilih konsep Cloud Computing yang diingini agar ianya dapat mendatangkan faedah dan manfaat bersama  dan tidak mengundang  risiko kepada pengguna itu sendiri. 



****** Dari pelbagai sumber...


Sekian..

 photo SIGNATURE_zps92e1641f.png


No comments:

Post a Comment